Masjid Kristal merupakan sebuah
masjid yang terletak dalam kawasan pelancongan
Taman Tamadun Islam di
Pulau Wan Man,
Terengganu.
Perasmian
Masjid Kristal telah dirasmikan oleh Perdana Menteri,
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Yang Di-Pertuan Agong,
Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama-sama Raja Permaisuri Agong,
Tuanku Nur Zahirah telah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Kristal di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 8
Februari 2008 jam 6.00 petang.
Pembinaan
Masjid ini dibina daripada
kaca dan
keluli, masjid pintar pertama di
Malaysia dan mempunyai keluasan 2,146
meter
persegi. Masjid ini boleh memuatkan 700 jemaah pada satu-satu masa dan
dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan WiFi yang
membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses
internet bagi membaca
al-Quran elektronik.
No comments:
Post a Comment